BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday 25 November 2011

KISAH SAHABAT SEJATI

Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelah dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cubaan itu bahkan erat bersama kerananya...

Persahabatan tidak terjalin secara langsung tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, tetapi kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa sepatutnya.

Sahabat tidak pernah membalas pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi mampu berinisiatif memberi dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.

Kerinduannya menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egois.

Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ??

Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??

Siapa yang ingin bersama anda saat anda tak boleh memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **


Friday 18 November 2011

SURAH PELEMBUT HATI & PENDINDING DIRI


♥ Bacaan untuk anak/suami/isteri yang degil untuk solat ♥
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami/isteri anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan semasa anak /suami/isteri sedang tidur nyenyak. InsyaAllah....(✿◠‿◠)

Saturday 5 November 2011

PERSOALAN AGAMA : UMAT ISLAM BOLEH MAKAN DAGING YANG DIRGUI STATUS SEMBELIHAN

Soalan: APAKAH hukumnya andai kita ke pasar untuk membeli daging lalu timbul rasa was-was atau meragui siapakah yang sebenarnya menyembelih ternakan itu, sama ada orang Islam atau dipotong orang kafir? Soalan kedua, apakah cara menyembelih yang disuruh atau dituntut agama Islam? 


 Jawapan: Mengenai masalah daging yang diragukan mengenai sembelihan siapa, adakah orang Islam menyembelihnya atau dipotong bukan Islam. Maka penyelesaiannya, kita hendaklah berpegang kepada asal. Sekiranya binatang itu memang daripada binatang halal, bolehlah kita makan dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim.

Hal ini seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat al-Bukhari, iaitu daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Bahawasanya ada kaum datang kepada kami membawa daging yang kami tidak mengetahui apakah daging itu disembelih dengan nama Allah atau tidak. (Maksudnya adakah ia disembelih oleh orang Islam atau bukan Islam), maka Nabi SAW bersabda: Bacalah Bismillah dulu, lalu makanlah kamu.” 

Bagi soalan kedua, untuk menyembelih binatang sebenarnya ada syaratnya. Syarat bagi binatang yang disembelih iaitu: 


  • Pertama, binatang darat yang halal disembelih. Binatang yang haram seperti babi dan anjing tidak halal walaupun disembelih. Haiwan laut seperti ikan tidak perlu disembelih. 


  • Kedua, binatang itu sebelum disembelih masih hidup bernyawa (hayat mustaqirrah), melihat serta bergerak dengan ikhtiarnya. Tanda hayat mustaqirrah ialah masih kuat bergerak sesudah disembelih atau darahnya masih memancut-mancut sesudah disembelih. Jika ada binatang yang dimakan harimau atau tergilis kenderaan, kemudian kita dapati masih mempunyai hayat mustaqirrah, maka halal untuk kita sembelih. 



  • Alat penyembelih pun ada syaratnya, iaitu sesuatu yang tajam dan dapat melukai seperti besi, tembaga, emas, perak dan kaca. Tidak sah menyembelih dengan tulang, kuku dan gigi. Syarat bagi orang yang menyembelih pula ialah orang Islam atau ahli kitab. Binatang halal yang dipotong oleh orang yang menyembah api, berhala, matahari, bulan dan lain-lain, maka hukumnya haram dimakan. 



  • Perkara sunat ketika hendak melakukan penyembelihan, antaranya hendaklah menajamkan alat penyembelihan, membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim) dan selawat ke atas Nabi SAW, menghadapkan diri dan yang disembelih ke kiblat, memutuskan kedua urat pada kiri dan kanan leher mengikuti halkum, menyembelih di pangkal leher serta digulingkan ke tulang rusuknya sebelah kiri. 



  • Apa yang penting, apabila kita hendak melakukan penyembelihan perlulah ada rasa ihsan seperti disebut dalam sebuah hadis riwayat Muslim, iaitu daripada Syaddad bin Aus RA berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya Allah memerintahkan berbuat baik (ihsan) atas segala sesuatu. Jika kamu sekalian membunuh, bunuhlah dengan baik. Dan jika kamu sekalian menyembelih, sembelihlah dengan baik. Hendaklah seorang di antara kamu menajamkan pisaunya dan mempercepat mematikan sembelihannya. 


  •