BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 October 2011

NASIHAT LUKMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA....

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13
Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi…
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi…
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Sunday 23 October 2011

KONSEP KEBANGSAAN MELAYU MENURUT DR. BURHANUDDIN AL- HELMY


Bagi Dr. Burhanuddin, konsep kewarganegaraan Melayu dan idealnya mengenai Kebangsaan Melayu adalah jauh sama sekali dari tujuan mencetuskan permusuhan dan sengketa antara kaum. Sebaliknya ia bertujuan untuk menjadi asas kepada satu perpaduan nasional yang unggul. Beliau tidak memperjuangkan dengan niat buruk terhadap cara hidup dan sifat-sifat peribadi bukan bumiputera. Malah beliau menegaskan bahawa penukaran kebangsaan itu tidaklah turut bertukar darah baka, bangsa keturunan dan agama sesuatu kaum kerana perkara ini termasuk di dalam kuasa perasaan dan kebiasaan seseorang, tetapi kebangsaan itu termasuk di dalam kuasa undang¬-undang dan politik. Jelasnya sekalian sifat peribadi yang diwarisi turun-temurun itu tidak akan berubah oleh suatu perlakuan politik seperti memilih kewarganegaraan. Dengan itu Melayu adalah nama warganegara Persekutuan Tanah Melayu dengan tidak membezakan keturunan bangsa masing-masing. Malah setiap warganegara adalah setia dan kukuh kepada Kebangsaan Melayu.

Thursday 20 October 2011

MUTIARA KATA IMAM AL-GHAZALI


1. Barangsiapa yang memilih harta dan anak – anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang amat besar.

2. Barangsiapa yang menghabiskan waktu berjam – jam lamanya untuk mengumpulkan harta kerana takutkan miskin, maka dialah sebenarnya orang yang miskin.

3. Barangsiapa yang meyombongkan diri kepada salah seorang daripada hamba – hamba Allah, sesungguhnya ia telah bertengkar dengan Allah pada haknya.

4. Berani adalah sifat mulia kerana berada diantara pengecut dan membuta tuli.

5. Pemurah itu juga suatu kemuliaan kerana berada diantara bakhil dan boros.

6. Bersungguh – sungguhlah Engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.

7. Cinta adalah merupakan sumber kebahagiaan dan cinta terhadap Allah mesti di pelihara dan di pupuk, suburkan dengan solat serta ibadah yang lainnya.

8. Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.

9. Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkankegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan nampakkan sikap angkuh dan sombong.

10. Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.

aku bersyukur...

Setelah bbrapa bulan ak hdup kt negeri owg(kelantan), alhamdulillah ak dpt menyesuaikn diri hdop kt sni... walaupun bnyk dugaan dan rintangan aku msih lagi boleh bersabar...alhamdulillah aku bersyukur kpd mu ya Allah...so, sbagai umat islam kita harus brsyukur dgn apa jga nikmat x kira kecil atau besar...