BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 23 October 2011

KONSEP KEBANGSAAN MELAYU MENURUT DR. BURHANUDDIN AL- HELMY


Bagi Dr. Burhanuddin, konsep kewarganegaraan Melayu dan idealnya mengenai Kebangsaan Melayu adalah jauh sama sekali dari tujuan mencetuskan permusuhan dan sengketa antara kaum. Sebaliknya ia bertujuan untuk menjadi asas kepada satu perpaduan nasional yang unggul. Beliau tidak memperjuangkan dengan niat buruk terhadap cara hidup dan sifat-sifat peribadi bukan bumiputera. Malah beliau menegaskan bahawa penukaran kebangsaan itu tidaklah turut bertukar darah baka, bangsa keturunan dan agama sesuatu kaum kerana perkara ini termasuk di dalam kuasa perasaan dan kebiasaan seseorang, tetapi kebangsaan itu termasuk di dalam kuasa undang¬-undang dan politik. Jelasnya sekalian sifat peribadi yang diwarisi turun-temurun itu tidak akan berubah oleh suatu perlakuan politik seperti memilih kewarganegaraan. Dengan itu Melayu adalah nama warganegara Persekutuan Tanah Melayu dengan tidak membezakan keturunan bangsa masing-masing. Malah setiap warganegara adalah setia dan kukuh kepada Kebangsaan Melayu.

0 comments: